CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 16, 2012

hargailah pasangan anda... lagi lagi isteri anda yaa



Ehem,... hye... tadi kawan satu ofis ade share kt fb... pasal cerita nie... die p godek godek blog..pastu jumpa bende alah nie... aku baca dan terus takut nak ada anak nanti.. terus takut nak kawin.... peh!!! Sampai hati kau kan jantan...


Tadi tengah jalan jalan...baca blog blog femes sambil curi curi idea skit...rupanya takde idea.. tatau nak tulis ape..
Pegi blog walking rupanya apa yang dapat? SAKIT HATI je lebih!! sebab ape? terbaca ni

This evening,I received a very long message thru Facebook(he is not in my friendlist by the way).Tapi pelik,dalam facebook account dia ada few friends.Profile photo pun pakai picture 'Edward Cullen'.Under account 'Lovely Father'. 
''Assalammualaikum puan stephanie..Recently,I came across your Blog and FB.And I saw u once in KLCC with your lucky husband and hansome Ryan.What can I say is..'wow!All men are dying for u!Your face are beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam T-shirt!Okay,let me introduce myself.Im a married guy,ada anak...Actually saya dah lama memerhatikan awak since terjumpayour blog add dari blog isteri saya..I love reading your blogs,enjoy viewing at your photos..U really had a beautiful life..Jeles saya..Entah kenapa.Mungkin isteri saya tidak seperti awak.Dia biasa saja..Yelah,mungkin lelaki seperti saya memang tidak layak untuk memiliki isteri seperti awak.. 
Sejak melahirkan anak kami,dia berbadan agak gempal..perut memboyot.Tetapi apa kan daya,dia isteri saya kan.Cuma,saya sudah tidak berselera dengan dia..Setiap kali bersama,saya terbayangkan wanita lain.Sebab,kalau saya bersama denganya,saya rasa macam...lawak,mahu ketawa!Position agak susah sebab badan dia yang gempal,perut dia bergoyang-goyang,banyak sangat selulit,rupa dia macam kelakar..Tidak menaikkan nafsu saya langsung..Hanya sekadar untuk saya sebagai lelaki melepaskan nafsu..Apatah lagi bahagian bawah dia longgar .. 

Menurut pakar,wanita berbadan gempal bawah agak longgar berbanding wanita seperti awak..tidak gempal tidak kurus..Apatah lagi,when I met you in person,wajah awak yang cantik,bahagian dada dan punggung awak adalah penambah selera semua lelaki.Isteri saya?Apa saya perlu buat?Saya tiada selera langsung..Kadang kadang saya fikir,masturbate lebih memuaskan.Kalau saya tiada anak,pasti saya sudah menceraikannya..Kadang-kadang malu nak memperkenalkan dia sebagai isteri saya pada kawan-kawan.Apakan daya...Apa yang membuatkan saya lihat pada isteri saya,dia terlalu mengongkong saya,pemarah,tidak pandai bergaya,tidak expert bab-bab memuaskan nafsu saya sebagai suami dan tidak cantik.
 

Sebelum berkahwin dulu saya selalu mengimpikan wanita yang cantik,bergaya walau dah beranak dijadikan isteri.Tambahan pula,dia terlalu mengharapkan saya.Sekarang ni,saya seolah-olah berserah dan kesunyian.Kadang-kadang di ofis,saya selesa berborak dengan wanita yang cantik,bergaya,bijak dan bekerjaya seperti awak..Kadang-kadang juga saya terpaksa menipu isteri saya,meeting tetapi dating..Saya tahu saya berdosa tetapi..dia tidak menjaga nafsu saya..Selama ini saya cuma mendiamkan diri dan cakap macam-macam untuk menjaga hati dia.Takkanlah saya nak cakap dia buruk/kurang menarik?Tak cinta dia?Main tak sedap?Saya tertekan.Tolong jangan sebarkan mesej saya k.Ini hanya luahan hati saya.Thanks''
Ini entry dari blog yang ahkak baca..copy sat ye..memang tak dinafikan empunya blog itu adalah merupakan wanita dan seorang ibu yang HOT giler..Body cantik, muka cantik...suami pun bole tahan mewahkan dia.. 
sedihnya masyallah baca ni..Kenapa? Sebab yang menulis ni seorang lelaki, suami dan bapa...
Lantas terus ahkak sms abam geli 
"am i a gud wife?..adakah b or layanan b kat Yang penuhi expectation yu terhadap seorang isteri?"
tau ape dia jawab?
"takde mender kurang. Sumer excellente"
Itu je??? ITUUUU JEEE??
 
Adakah jawapan itu meyakinkan anda wahai puan puan? Adakah puan yakin dengan j awapan suami yang sebegini???
Sudah semestinya tidak!!! TIDAKKKK
 
Jiwa wanita sangat sensitif..perasaan ragu ragu, curiga kepada suami amatlah tinggi..kerana ape? kerana mereka terlalu cintakan suami...tapi kalau suami yang bertindak begini, memuji wanita lain yang terang terangan bukan ahli keluarga, apa yang tinggal kepada isteri? apa lagi nak puji pada tubuh badan isteri yang mana sepatutnya dipuji. 
Sekarang ni, kita sebagai isteri, adalah kita bersedia nak menghadapi kenyataan? Bahawa perut kita ni kelihatan macam pakai tali pinggang bawah baju kurung?  
Apa kita nak buat? Adakah semua suami puas dengan penampilan kita?
Apakah harapan seorang LELAKI terhadap WANITA yang bakal dikahwininya?
Apakah keinginan dan expectation suami terhadap ISTERINYA?
Adakah seorang lelaki masih inginkan isterinya untuk berpakaian sexy, cantik bergaya dan tetiap ari curlkan rambutnya? 
Usia mengajar kita supaya matang dan melihat perkara yang lepas sebagai panduan hidup hari yang mendatang. Kalau dulu kita pakai hot pant bebetol nampak lemak terkeluar, coin slot yang berdaki tu pun terkeluar, takkan sekarang dah jadi mak mak ni nak dressing macam tu jugak? kalu dulu rambut pun berkilau je beralun, takkan sekarang kalu rambut berkelumumur skit dan berbau skit sebab kita pakai tudung (itupun nak elak dia dari terus terusan berdosa) terus dia pandang jijik kepada kita? 
Eh sekarang nak cuci rambut sekali blow kemain mahal ko tau tak? Sekali cuci ngan blow RM25 hengget..Dan cuci, blow bagai, tetiba nak tutup ngan tudung pulak kan..ye lah, takkan ko dari masuk saloon pakai tudung, lepas blow rambut terus terbang tudung..? tak ke membazir? baiklah duit rm25 tu aku buat beli beras Jasmin gambar Jalaluddin Hassan tu..baru rm20.90.. 5 kilo lagi.. 
Better aku pegi mydin beli syempu RM4.90 syempu kat rumah kan? Tapi itupun lelaki tak penah nak pandang pengorbanan dan apa yang kita buat..tetaplah nak jeling perempuan lain yang rambut beralun, ada highlite skit skit, curl beso curl kecik tu.. 
Bila dah jadi ibu, adakah kita masih nak pegi clubbing clubbing, tonggek-tonggek bontot bagai? ko  nak? nak? aku tanak..sebab club malam tak bukak opis hour..bukak malam je..kalu bukak opis hour bole jugak aku tinggalkan Ottomen Kecik tu kat Mil..ni bukak malam..Ottomen kecik pulak kalu malam haruslah nak tetet mak..jadi tak boleh lah... 
Gini lah..Actually being a mother is a good thing..Masa tu la kita akan pandang masa silam kita, dan beberapa kesilapan yang kita pernah lakukan..Being a mother and a wife at the same time also perkara yang sangat sangat baik. Dalam menjalani kehidupan, kita akan struggle untuk memenangi hati suami kita , menjadi yang terbaik untuk suami kita, berikan dia cahaya mata sampai perut kita menggeleber dan peha berselulit.  
Terbaik tu merangkumi segala ciri..penjagaan rumahtanggan, penjagaan makan minum suami dan penjagaan pemakaian suami sampaikan kecantikan dirikita sendiri terabai.. Terabai kenapa? sebab kita ni bukan orang banyak duit, bukan kawen dengan jutawan..Kalu kawen dengan jutawan, of kos kita ada maid, bole bebila masa pegi spa, buang bulu bulu kat ketiap ngan ehem ehem..bole ejas muka jadi cantik..tapi tak..kita korbankan semuanya untuk kebahagiaan suami..tapi ada suami kita pikir perkara cenggitu? 
Dengan tapak kaki pecah ke hall, ke dapur, lap sana lap sini, naik tangga, turun tangga, potong bawang potong kayu api.. akhirnya? Suami balik lewat dengan alasan mesyuarat?
tau tak kenapa wanita atau suami tuan tuan suka membebel? merengus?? 
Kerana SUAMI.....
Kurangnya PERHATIAN anda sebagai suami... 
kami wanita bukannya nakkan emas permata sebagai tanda appreciation..tidak
kami wanita bukannya hadap sangat ngan duit ringgit suami, sebagai bukti, kami isteri tidak lokek untuk berkongsi duit gaji kami untuk perbelanjaan harian yang sepatutnya sepenuhnya menjadi tanggungjawab suami.
kami wanita bukannya heran kalu suami tak penah memberi nafkah uwang walaupun sebenarnya ianya wajib ke atas kami..
tapi tak..
balik berjimba dengan kawan, buat muka tak bersalah, amik remot, terus nonton tibi..sedangkan kita ni terkinja kinja jemur kain, mop lantai..??
sedih kan?

Kalau Suami² kat luar tu rajin mengeluh kat pejabat, cakap sang isteri ni suka bebel, bila balik isteri membebel, meh ahkak nak bagi tips skit..
Sang SUAMI,
Apa salahnya, selang 2 hari, anda duduk sebelah isteri anda, gosok gosok isteri anda, cuba ckp macam ni
"bagus la SAYANG ni..memang supermom..dah la kerja, balik rumah bole setelkan rumah dengan baik..Abang bangga ngan Sayang"
Sambil tepuk tepuk sang isteri...Insyallah, kalu isteri tu setat nak bukak mulut nak membebel bila tengok stokin anda yang berlubang kat ibu jari sedangkan dia dah ada letakkan stokin yang elok kat laci nombor dua kabinet baju, mesti dia akan diam..kemain kembang lagi idung dia nanti..
Betol ni..Cuba la! 
Tapi tak...lelaki lebih selesa bersembang ngan kawan dia, kat kedai mamak, hu ha hu ha tapi bukan dengan kita, bini dia sendiri...
Ahkak ni bukan isteri yang terbaik..seriusli..bukan jenis mampu kemas rumah, lelebih lagi bila ada Attomen kecik ni..rumah masyallah punya bersepah..Cuma mengharapkan, sebagai isteri, kalau ada kekurangan, suami akan bgtau, dan bimbing ke arah yang lebiih baik..bukan hanya diam, dan tidak berkata apa apa...
Sedih seriusli baca entry blog tu..
Double sedih bila pegang perut, macam ada talipinggang beso kat bawah baju...uwaaaaa....


Haa itu la die semuanya... walau aku copypaste je.. tapi aku just nak share kat korang korang semua.... kepada si lelaki yang sengal ayam tu... kau lah lelaki paling bodoh sekali sebab piker SEX adalah segala-galanya bagi kau kan... sesungguhnya aku akan rasa sangat malang “KALAU” aku yang jadi isteri kau tu.... 

No comments: