tetiba petang ni aku rasa sebak... mungkin aku terasa yang aku ditipu. mungkin jugak aku tak dapat nak tepis semua dugaan yang mendatang sejak - sejak ni... masalah datang betimpa- timpa.. sejujurnya aku tak dapat nak tanggung sendiri.. aku cuba untuk kuat kan semangat aku. tapi rupanya sampai tahap ni ja aku berjaya nak harungi. ketika menulis entry ni.. air mata pon mengalir dengan tanpa sebab.. dengan siapa aku nak luah. dengan siapa aku perlu percaya.. dan dengan siapa aku harus buang kan segala keresahan ni...
sahabat? mungkin tidak sebab aku tak punya sahabat,,begitu malang hidup tanpa seorang sahabat... yang dulunya hanya dia seorang yang pasti ada temani aku saat duka datang..owh segalanya tinggal kenangan.. hanya ada Allah tempat aku memohon... yaAllah kuatkan lah hati aku... perlukah aku meluah tanpa memikirkan perasaan dan maruah orang lain? keji ke diri ni jika mahu mementingkan diri supaya tekanan pecah macam tu shaja... runsing!!!...
ya! aku bersumpah... mulai hari ini... takkan ada lagi kelembutan hati ini... dengan perasaan yang sangat kecewa.. aku meluah pada engkau ya Allah...